Tuesday, 31 December 2013

bila air mata sudah jatuh ke bumi

bila hati berbicara...
bila air mata jatuh ke pipi...
bila jiwa menahan segalanya....
bila dada tersa sebak dan sakit..
hanya Allah sahaja yang tahu segalanya...
tak kan sapa yang tahu sbb apa perkara itu terjadi...
Alllahuakbar....

Monday, 30 December 2013

Assalamualaikum..hye...dah nak pengakhiran 2013...tetiba je teringat buku katring....apa lagi selak2 la..
tetiba bekenan nak buat..sbb dah lama tak buat kuih...dan korang nampak tak kuih kat atas tu...itulah kuih epok-epok sayur..hehehe..keluarga tertipu dengan luarannya...mereka kata kuih karipap..bila makan dalamnya sayur..hehehe..maaf...
teringin nk cuba balik apa yg dah belajar kat sekolah..terasa rindu pulak nak belajar masak kat sekolah...
comel tak kuih epok-epok sayur saya...last ptg br habis...hehehe..ingatkan tak ada yg suka...kakak bawak g kerja..kawan2 katanya kate sedap...Alhamdulillah akhirnya jd jugak....tak sia-sia tidur kul 12 lebih siapkan nie sorang2..walaupun x banyak tp Alhamdulillah keluarga suka..tapi tgk muka diaorang mcm pelik je...sebab pertama kali saya buat..hehehe :) Alhamdulillah Allah bantu segala-galanya..

Sunday, 29 December 2013

pandangan orang

dah tak kan sapa yang percaya pada seseorang...
sekali dia buat salah....
semua akan pandang kesalahannya...
tapi sekali buat baik..orang takkan percaya...
lumrah hidup manusia....
Allah tahu segala-galanya...

Friday, 27 December 2013

La Tahzan(jangan bersedih)

jangan bersedih wahai hati dan diri..
kamu dah buat semana yang kamu mampu lakukan...
kamu dah berusaha sebaik-baiknya...
Allah belum izankan kamu lagi...
sabar dan terus la bersabar....
kerana Allah suka kepada hambanya yang sabar...
berusaha lagi...selagi Allah blm menghendaki kamu berjaya...
Allah tahu setiap isi hati hambanya....
insyallah ada jalan penyelesaiannya...
ada hikmah disebalik semua nie...
sabar lah wahai hati...

Thursday, 26 December 2013

Pu Rahmat(mimbar pencetus ummah)

Kenapa Allah bagi kita hati? Sebab bila kita ada masalah, dan masalah tu tak dapat nak diluah. Hati boleh berkomunikasi dengan Allah swt..

Allah tahu segala-galanya. Walaupun doa kita bisu. Allah dengar semuanya. Walaupun kita tak meminta. Allah tahu apa yang kita mahu.

Keampunan Allah itu dekat. Dosa semakin bertingkat. Tapi kita masih tangguh taubat. Seolah-olah IZRAIL lambat melawat. Moga kita sempat..

Bila seseoarang berbicara tentang kematian. bukan untuk menakutkan kita tapi untuk mengingatkan kita bahawa hidup diDunia hanya sementara.

Cintailah Allah, nescaya Allah akan menghadiahkan seseorang yang juga mencintai-NYA untuk mencintai dirimu..

Waktu makin singkat. Umur makin meningkat. Ajal makin dekat. Kanan dan kiri ada malaikat. Tidak lupa mencatat amal setiap saat.

Aku bukan sudah cukup baik, tapi aku cuba untuk jadi yang terbaik dan aku cuba untuk berubah, Bukan kerana sesiapa tapi kerana Allah :')

Bila diri jauh dari Allah, walaupun ramai manusia lain yg meneman, tetap terasa kosong & sepi. Hidup ini sebenarnya, kita hanya perlu Allah.

Allah cipta air mata untuk melegakan hati. Bila dada dah tak tertanggung dengan macam macam, menangis juga yang melegakan.

Kekadang, Allah hilangkan matahari, Allah turunkan hujan dn petir. Penat kita menangis mencari matahari, rupanya Allah nak bagi kita pelangi.

Untuk yg halal buatku. Satu hari nanti. Andai wajah mu dimamah usia kelak. Jgn pernah lupa. Aku tetap setia denganmu sampai ke Syurga-Nya.

"Orang yang Ketawa melihat tudung labuh, baju besar, stokin and handsock kamu itu kelak, akan Menangis di alam yang kekal abadi." - Usrah -

Carilah lelaki yang mampu mengubah dirimu menjadi wanita Solehah. Bukan hanya mampu mengubah status dirimu, dari single kepada bernikah.

Jodoh , Kan Allah Dah Cakap "Lelaki Yang Baik Untuk Perempuan Yang Baik" So ? Berusahalah Ke Arah Kebaikkan InshaAllah

Bersyukurlah Saat Mata Masih Mampu Melihat Bumi Allah , Allah Swt Maha Pemurah , Bagi Pinjam :') Alhamdulillah Sobahul Khair

Walaupun kita pura2 kuat, tapi Allah tahu kemampuan kita. Allah tahu bila masa kta lemah. Allah tahu bila masa kta rasa rapuh.

Tuesday, 24 December 2013

sang pencinta ilahi...

menceritakan kisah tentang sahabat yang berpindah ke tempat lain untuk memenuhi hasrat ibu bapanya....
disini banyak kisah yang indah dan pahit pernah lalui bersamanya,semuanya menjadi satu...
dia pergi kesana untuk penuhkan hasrat kedua orang tuanya...dan diri ini berharap dirinya tidak melupakan diriku disini...sampai lah satu hari diri ini dapat tahu..sebab dirinya berpindah ke sana...hanya untuk memisahkan dua insan yang dah jadi adik n kakak angkat....diri ku redha dengan perginya dia kesana untuk menuntut ilmu yang Allah berikan..untuk melihat kedua ibubapanya gembira..

Sunday, 22 December 2013

pernafasan

Alhamdulillah..
Allah memberikan kita pernafasan yang dia inginkan..
sama ada mahu berikan kepada hambanya ataupun tidak..
Allah memberi apa yang kita perlu...

setiap ditik,setiap saat...
nafas yang Allah berikan sentiasa bersama diri kita...

Allah memberikan diriku pernafasan...
sekarang nie...pernafasan diri ini semakin hari semakin singkat atau pendek..
Allah sahaja yang tahu segala-galanya..

hari tu demam...
pergi jumpa doktor...
doktor kate saluran pernafasanku ada jangkitan..
Ya Allah,hanya engkau saja yang tahu sega-galanya...

Monday, 16 December 2013

sakit

assalamualaikum....
Alhamdulillah..terima kasih Allah..
sakit yang kau berikan adalah ketentuanmu...
diri ini tahu..sakit yang kau berikan adalah kehendakmu...
setiap sakit yang engkau berikan adalah menghapus setiap dosa-dosa kecilku,...
manusia tidak lari dari membuat kesilapan...

diri ini tak sendiri....setiap hari dengan mu...
tak kira dalam apa jua keadaan....
tak kira bila dan dimana...engkau(Allah) selalu ada...

sakit yang kau berikan..terlalu hampir buatku dengan kematian..
Ya Allah...setiap saat,setiap detik diri ini mengingat kematian yang bakal diri ini lalui..
sebagaimana orang terdahulu yang dirimu jemput untuk menghadapmu...
Ya Allah..bagaimanakah diriku disisimu....Allah..hanya engkau saja yang tahu segala-galanya...
hanya engkau saja yang telah mengaturkannya...diri ini terima dengan ketentuannmu...

Sunday, 15 December 2013

isi hati

orang lain tidak tahu isi hati dan perasaan kita...
hanya kita dan Allah sahaja yang tahu isi hati kita....

perasaan kita yang sering terluka...
Allah tahu segala-galanya...

di hati

Di hati bersama mengembara
Tika masanya tika saatnya ku terasa
Meredah lautan kasih sinar iman yang teguh
Redup menyinar hati sanubariku

Kutabahkan hatiku dibuang berkelana
Gerimis hati terpaku sukma
Semoga hidayahNya kan terus menyinar
Penuhi alam kegelapan

Berikan kekuatan dalam mencari sinar
Di jalan ini kuhadapi duka dan sedu sepi
Bersama teman-teman harungi perjuangan
Biarpun kekurangannya ada takkan ku gundah

Kita akan bersama menempuh segalanya
Bersatu hati mendamaikan jiwa yang keluh resah
JAnji patri bersama ikatan teguh setia
Bersama menuju gerbang impian kita harapkan

Di hati kita bersama.. Di hati kita melangkah..
Jangan dipisahkan kasih bersaudara.. 
jangan didendamkan ukhuwah yang terbina..


Saturday, 14 December 2013

kaulah dihatiku


                                                                  Assalamualaikum...

nak cerita nie.....mereka adalah teman seperjuangan ku di sekolah menengah kebangsaan sungai manggis...
time raya kat sekolah..tp gambar nie lepas habis raya..dah nak balik dah...sebelum masuk kereta kami ambil gambar dulu...bermulanya perjalanan kami di SMKSM.....kami tak pernah berjumpa dan bertegur sapa....sampai kami disatukan di dalam kelas...pada mulanya..kami macam berpuak(lebih kurang kpd ikut sekolah masing-masing la...sbb tak kenal lg antara satu sama lain...)..tapi hubungan kami semakin hari semakin rapat...suka,duka,tangis dan tawa bersama...sampai la akhir kami berjumpa pada 4/12/2013...itu la tarikh akhir diriku berjumpa dengan mereka....mereka sentiasa memberikan nasihat...walaupun tidak banyak...tapi sedikit sebanyak nasihat mereka juga berguna kepada diri ini....meraka lah teman,sahabat,kawan seperjuangan ku....semoga Allah sahaja yang membalas jasa mereka.....mereka ada dikala ku gembira,sedih,duka...berkongsi macam-macam cerita dan pengalaman antara satu sama lain...
belajar apa itu erti persahabatan....

ada sedikit coretan buatmu sahabat...
~sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan sahabat yang sejati menjadi pendorong impian,sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah...

pandangan orang terhadap orang lain

sesuatu yang kita tak sangka...dan kita x sedari...itulah yang akan terjadi...
Allah inginkan sesuatu untuk kita....tapi apa yang kitaberikan padanya...

oranglain pandang kita dengan pandangan yang jijik,hina,dan sebagainya...
tapi ada juga orang yang pandang kita dengan pandangan yang menyenangkan hati kita...

Allah tahu setiap isi hati hambanya..Allah tahu itu la perjuangan kita...
mungkin bukan sekarang....mungkin suatu hari nanti...

Thursday, 12 December 2013

dikala hati berbicara

wahai hati...
tak semudah itu kau dihancurkan dengan perasaan,kekecewaan atau sebagainya....
tak semudah itu kau menghancurkan hati dan perasaan orang lain....
bukan diri ini ingin melepaskan begitu sahaja...
tapi Allah tahu segala-galanya..
apa yang terbaik buat kamu..dan juga diriku...

hatiku dan dirimu
belum tentu akan bersama...
kerana Allah telah menyatukan dua hati antara kita berbeza..
Allah tahu segala-galanya...
biarpun diri ini bukan milik mu....

Allah tahu hati masing2....
sabar dan terus sabar...
jangan terus gelabah mahukan sesuatu...
tapi sabar,doa dan berusaha..
Allah pasti tolong setiap hamba yang memerlukan pertolongnnya..

Wednesday, 11 December 2013

adikku yang manja...

hai.....nama dia shahrul haqim....br je kenal dia time sebelum sukan pada tarrikh 22/8/2013...
dia nie baik...sopan je....tabah mengharungi dugaan yang di beri....walaupun kami jauh...walaupun kami baru jumpa...tp dah mcm dekat....dah macam lama jumpa n kenal...dia nie suka tersenyum...pemurah ngan senyuman rupanaya....tak banyak kerenah..insyallah tak akan sombong....walaupun dia ada makwe..tp tetap layan kakak angakt dia nie...semoga berjaya dunia dan akhirat....dia nie suka buat diri ini tersenyum dikala ku bersendirian dan sedih.....alhamdulillah ada juga penghibur...selain     dia..teman-temanku juga..banyak luangkan masa dan banyak memberikan diriku nasihat...semoga ukhwah persahabat menjadi erat..semoga Allah meredhainya...

sahabat,kawan dan teman..



Tuesday, 10 December 2013

andai lelaki tahu

Andainya lelaki tahu ,
Apabila seorang perempuan jatuh cinta , lelaki itu tidak semestinya punya segalanya. tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya .

Andainya lelaki tahu ,
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan airmata , itu bukan bermakna dia lemah , tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu .

Andainya lelaki tahu ,
Apabila perempuan bercakap banyak , dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas , tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat .

Andainya lelaki tahu ,
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah , itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya , tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik , bukan untuk dirinya tetapi untuk masa depan anda .

Andai lelaki tahu ,
Perempuan bukan tidak mempercayai anda , kadang-ii dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya , anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi .

Andainya lelaki tahu ,
Apabila perempuan merajuk , jangan kata dia mengada-ngada . Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen , tapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai .

Andainya lelaki tahu ,
Apabila perempuan jarang mengatakan 'i love u' , itu tidak bermaksud dia tidak menyintai anda tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya .

Andainya lelaki tahu ,
Apabila perempuan kata dia rindu pada kamu , dia benar2 maksudkannya . Apabila berjauhan , bayanganmu akan sentiasa bermain dimatanya .

Andainya lelaki tahu ,
Apabila perempuan kata lelaki lain lebih baik dari kamu , jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu . Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik dimatanya .

Andainya lelaki tahu ,
Apabila perempuan berkata " tolong tinggalkan saya! " , dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya , dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar dan melihat adakah kamu memerlukan dia lagi . Apabila dia kembali tenang , percayalah , dia akan mencari anda semula . Itu tandanya dia benar-ii menyintai anda .

Andainya lelaki tahu ,
Sememangnya Allah mencipta lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri tetapi sekiranya mereka saling memahami , mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan .

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia bukan didatangkan dari kelemahan saja tetapi juga kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna . Dialah yang bakal menjadi perempuan yang bekerjaya , isteri juga menjadi ibu yang terbaik untuk anak-ii anda . Percayalah , hati perempuan itu sangat lembut andai kena caranya . Jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat . Perempuan sukar untuk mengawal perasaan . Dia terlalu emosional . Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda .

ada empat jenis manusia dalam dunia

Sahabat saudaraku Fillah yang dikasihi,
Ada empat jenis manusia dalam dunia ini

Pertama :-
Mereka yang tidak ada lidah dan tidak ada hati . 
Mereka ini ialah orang-orang yang bertaraf biasa, berotak tumpul dan berjiwakerdil yang tidak mengenang Allah dan tidak ada kebaikan pada mereka. Mereka ini ibarat melukut yang ringan, kecuali mereka dilimpahi dengan kasih sayang Allah dan membimbing hati mereka supaya beriman serta menggerakkan angota-anggota mereka supaya patuh kepada Allah.

Berhati-hatilah supaya kamu jangan termasuk dalam golongan mereka.Janganlah kamu layan mereka dan janganlah kamu bergaul dengan mereka.Merekalah orang-orang yang dimurkai Allah dan penghuni neraka. Kita mintadilindungi Allah dari pengaruh mereka. Sebaliknya kamu hendaklah cuba menjadikan diri kamu sebagai orang yang dilengkapi dengan Ilmu Ketuhanan, Guru kepada yang baik,Pembimbing kepada agama Allah, Penyampai dan pengajak kepada manusia kepada jalan Allah. Berjaga-jagalah jika kamu hendak mempengaruhi mereka supaya mereka patuh kepada Allah dan beri amaran kepada mereka terhadap apa-apa yang memusuhi Allah.

Jika kamu berjuang di jalan Allah untuk mengajak mereka menuju Allah, maka kamu akan jadi pejuang dan pahlawan di jalan Allah dan akan diberi ganjaran seperti yang diberi kepada Nabi-nabi dan Rasul-rasul. Nabi Muhammad SAW. pernah bersabda kepada Sayyidina Alli; “Jika Allah membimbing seseorang melalui bimbingan kamu kepadaNya, maka itu terlebih baik kepada kamu dari apa-apa sahaja di mana matahari terbit”.

Kedua :-
Mereka yang ada lidah tetapi tidak ada hati .
Mereka bijak bercakap tetapi tidak melakukan seperti yang dicakapkannya. Mereka mengajak manusia menuju Allah tetepi mereka sendiri lari dari Allah. Mereka benci kepada maksiat yang dilakukan oleh orang lain, tetapi mereka sendiri bergelumbang dalam maksiat itu. Mereka menunjuk kepada orang lain yang mereka itu Sholeh tetapi mereka sendiri melakukan dosa-dosa yang besar. Bila mereka bersendirian, mereka bertindak selaku harimau yang berpakaian. Inilah orang yang dikatakan kepada Nabi SAW. dengan sabda;

“ Yang paling aku takuti dan aku pun takut di kalangan umatku ialah Orang ‘Alim yang jahat ”.

Kita berlindung dengan Allah daripada orang ‘Alim seperti itu. Oleh itu, larilah dan jauhkan diri kamu dari orang-orang seperti itu. Jika tidak, kamu akan terpengaruh oleh kata-kata manis yang bijak berbicara itu dan api dosanya itu akan membakari kamu dan kekotoran hatinya akan membunuh kamu.

Ketiga :-
Manusia yang mempunyai hati tetapi tidak ada lidah . 
Dia adalah seorang yang beriman. Allah telah mendindingkan mereka daripada makhluk dan menggantungkan di keliling mereka dengan tabirNya dan memberi mereka kesedaran tentang cacat cedera diri mereka.

Allah menyinari hati mereka dan menyedarkan mereka tentang kejahatan yangtimbul oleh kerana mencampuri urusan orang ramai dan kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri orang ramai dan kejahatan kerena bercakap banyak.
Mereka ini tahu bahawa keselamatan itu terletak dalam “DIAM” dan bekhalwat. Nabi SAW. pernah bersabda;

“ Barangsiapa yang diam akan mencapai keselamatan ”.

Sabda baginda lagi; 
 Sesungguhnya berkhidmat kepada Allah itu terdiri dari sepuluh bahagian, sembilan darinya terletak dalam diam ".

Oleh itu mereka dalam golongan jenis ini adalah Wali Allah dalam rahsiaNya, dilindungi dan diberi keselamatan, bijaksana, rakan Allah dan diberkati dengan keredhoan dan segala yang baik akan diberikan kepada mereka.

Oleh itu, kamu hendaklah berkawan dengan mereka dan bergaul dengan orang-orang ini dan diberi pertolongan kepada mereka. Jika kamu berbuat demikian, kamu akan dikasihi Allah dan kamu akan dipilih dan dimasukkan dalam golongan mereka yang menjadi Wali Allh dan hamba-hambanya yang Sholeh.

Keempat :-
Manusia yang dijak ke dunia tidak nampak (Alam Ghaib), diberi pakaian kemuliaan 
seperti dalam sabda Nabi SAW; 

" Barangsiapa yang belajar dan mengamalkan pelajarannya dan mengajarkan orang yang lain, maka akan diajak ke dunia ghaib dan permuliakan ”.

Orang dalam golongan ini mempunyai ilmu-ilmu Ketuhanan dan tanda-tanda Allah. Hati mereka menjadi gedung ilmu Allah yang amat berharga dan orang itu akan diberi Allah rahsia-rahsia yang tidak diberi kepada orang lain.Allah telah memilih mereka dan membawa mereka hampir hampir kepadaNya. Allah akan membimbing mereka dan membawa mereka ke sisi-Nya.

Hati mereka akan dilapangkan untuk menerima rahsia-rahsia ini dan ilmu-ilmu yang tinggi. Allah jadikan mereka itu pelaku dan lakuanNya dan pengajak manusia kepada jalan Allah dan melarang membuat dosa dan maksiat. Jadilah mereka itu “Orang-orang Allah”. Mereka mendapat bimbingan yang benar dan yang mengesahkan kebenaran orang lain.

Mereka ibarat timbalan Nabi-nabi dan Rasul-rasul Allah. Mereka sentiasa mendapat taufiq dan hidayah dari Allah Yang Maha Agung. Orang yang dalam golongan ini adalah pada peringkat terakhir atau puncak kemanusian dan tidak ada Maqam di atas ini kecuali Kenabian.

Oleh itu hati-hatilah kamu supaya jangan memusuhi dan membantah orang-orang seperti ini dan dengarlah cakap atau nasihat mereka. Oleh itu, keselamatan terletak dalam apa yang dicakapkan oleh mereka dan dalam berdamping dengan mereka, kecuali mereka yang Allah beri kuasa dan pertolongan terhadap hak dan keampunan-Nya.

Jadi saya (Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani) telah bahagikan manusia itu Kepada empat golongan. Sekarang terpulanglah kepada kamu untuk memeriksa Diri kamu sendiri jika kamu mempunyai fikiran. Dan selamatkanlah diri kamu Jika kamu ingin keselamatan. Mudah-mudahan Allah membimbing kita menuju Kepada apa yang dikasihiNya dan diredhoiNya, dalam dunia ini dan di akhirat kelak.

Dipetik dari Kitab Futuuhul Ghaib oleh Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani.

Selamat Merenungi & Semoga ada manfaatnya, aamiin.

Wallahu’alam.

Buat Aku Tersenyum

Datanglah sayang dan biarkan ku berbaring
Di pelukanmu walau untuk sejenak
Usaplah dahiku dan kan kukatakan semua

bila ku lelah tetaplah di sini 
jangan tinggalkan aku sendiri
bila ku marah biarkan ku bersandar
jangan kau pergi untuk menghindar

Rasakan resahku dan buat aku tersenyum
Dengan canda tawamu walau untuk sekejap
Karna hanya engkaulah yang sanggup redakan aku

karna engkaulah satu-satunya untukku
dan pastikan kita kan selalu bersama
karna dirimulah yang sanggup mengerti aku
dalam susah ataupun senang

dapatkah engkau selalu menjagaku
dan mampukah engkau mempertahankan aku

berhenti berharap

Aku tak percaya lagi
Dengan apa yang kau beri
Aku terdampar disini
Tersudut menunggu mati
Aku tak percaya lagi
Akan guna matahari
Yang dulu mampu terangi
Sudut gelap hati ini

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat
Kenapa ada derita
Bila bahagia tercipta
Kenapa ada sang hitam
Bila putih menyenangkan

Aku pulang...
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Aku pulang...
Tanpa dendam
Ku salutkan kemenanganmu

Kau ajarkan aku bahagia
Kau ajarkan aku derita
Kau tunjukan aku bahagia
Kau tunjukan aku derita
Kau berikan aku bahagia
Kau berikan aku derita

Aku pulang...
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Rebahkan tangguhmu
Lepaskan perlahan
Kau akan mengerti
Semua...

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat

4/12.2013

pertama kali ada yang jujur dan berterus terang pada diri ini....
menyatakan hasrat yang sebenarnya kepada diri...
Ya Allah....dirinya terlalu jujur pada diri ini....
bukan diri ini mahu menolaknya....
tp Allah dah tentukan untuk dirinya supaya bersabar...
dan dirinya boleh dapat yang lebih baik dari diri ini...
bukan diri ini tidak mahu...
tapi apakan daya...Allah dah aturkan segala-galanya buat hambanya...
terima kasih kepada hambaAllah yang telah jujur pada diriku....
maaf seribu kali maaf....
diri ini belum sempurna......
kamu boleh dapat yang lebih sempuna dari diri ini....
biarlah kamu kecewa sekarang...agar satu hari nanti kamu tidak dikecewakan lagi....

Monday, 9 December 2013

kisah zaman dulu

kisah lama muncul kembali...
kisah yang dah lama diri ini lupakan...
akhirnya muncul kembali setelah ada beberapa perkara yangberlaku...
mungkin bukan diri ini yang patut berada dihatinya...
kisah yang dulu hilang..kini kembali....
Purple Rainbow Over Clouds